Showing posts with label Negeri Selangor. Show all posts
Showing posts with label Negeri Selangor. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Pengurusan Penjagaan (Kebajikan) Muallaf



MATLAMAT AGIHAN ASNAF MUALLAF

1 Dapat menguatkan hati kalangan Muallaf yang baru memeluk Islam dan Imannya lemah

2 Penyampaian agihan yang lebih efisen kepada Muallaf di Selangor

3 “Melembutkan hati” Non-Muslim untuk mendekatkan diri dan memeluk Islam

Perkhidmatan Unit Kebajikan Muallaf

1.Memproses Bantuan-Bantuan untuk Muallaf di Selangor

2.Membuat ziarah dan pemantauan kebajikan yang telah ditawarkan kepada Muallaf

3.Rumah Perlindungan Muallaf

PERMOHONAN (Tahun ke 1 - 5)

-    Bulanan
-    Sewa Rumah
-    Sagu hati Perkahwinan
-    Perubatan
-    Berkhatan
-    Kecemasan
-    Gharimin (Hutang Yang Syarie')
-    Bina Rumah
-    Baikpulih Rumah
-    Beli Rumah
-    Modal
-    Saguhati Hari Raya
-    Pengurusan Jenazah
-    Fi Guaman
-    Rumah Perlindungan
-    Bantuan Umum Pelajaran
-    Dermasiswa
-    Kehadiran Kelas

Laman 1 - 2 - 3 - 4 - 5

PENGURUSAN PINDAAN BUTIRAN DIRI DALAM MYKAD



TUJUAN PINDAAN BUTIRAN

• Pengesahan maklumat pengIslaman Muallaf.

• Langkah pembuktian pengIslaman selaras dengan Kad PMAI.

• Pra-syarat pemprosesan permohonan Bantuan Asnaf Muallaf.

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PINDAAN BUTIRAN DALAM MYKAD

LANGKAH 1: DAPATKAN DOKUMEN PENDAFTARAN PENGISLAMAN DI MAIS/PAID

Surat Pengesahan Memeluk Islam

    Kad Perakuan Memeluk Islam

LANGKAH 2: LENGKAP SURAT AKUAN BERKANUN DAN METERAI DI PESURUHJAYA SUMPAH / MAHKAMAH MAJISTRET

LANGKAH 3: LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN PINDAAN BUTIRAN DALAM KAD PENGENALAN (JPN.KP16)

LANGKAH 4: CHECK-LIST DOKUMEN SEBELUM KE JPN

 >>   Sijil Kelahiran
 >>   Mykad
 >>   Surat Pengesahan Memeluk Islam
 >>   Kad Perakuan Memeluk Islam
>>    Surat Akuan Berkanun
>>    Borang JPN.KP16 yang lengkap diisi.

LANGKAH 5: HADIR KE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

LANGKAH 6: KEMUKAKAN PERMOHONAN DI KAUNTER PINDAAN BUTIRAN (KAUNTER 18-Putrajaya)

• Jika pemohon tiada Sijil Kelahiran asal semasa membuat permohonan pindaan;

1.    Pemohon yang lahir di Selangor - cabutan Sijil Kelahiran boleh dibuat di JPN cawangan / Pusat Pendaftaran tempat kelahiran.

2.    Pemohon yang lahir di luar Selangor (termasuk Sabah dan Sarawak)– cabutan boleh dibuat di JPN Putrajaya.

3,    Pemohon warganegara asing – tiada perkhidmatan disediakan. Maaf.

Laman 1 - 2 - 3 - 4 - 5

Pendaftaran & Pengurusan Rekod Muallaf



IDENTITI MUALLAF


Salinan Kad Perakuan Memeluk Islam (Peraturan 23 (1-3) 5PBM (Sel)2009)

  1  Buat Laporan Polis (Hilang / terbakar)
  2  Hadir ke Daerah / BPPM, MAIS
  3  Lengkapkan Borang Permohonan
  4  Gantian kad akan dikeluarkan

Pindaan Butiran Kad Perakuan Memeluk Islam (Peraturan 24 (1-2) 5PBM (Sel)2009)

 1   Hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah/BPPM, MAIS.
 2   Lengkapkan Borang Pindaan dengan menyatakan butiran pindaan.
 3   Gantian kad akan dikeluarkan.

AMBIL PERHATIAN!!!!!

Peraturan 31, mana-mana orang yang memeluk Islam, tetapi belum mendaftarkan pengIslamannya (di mana-mana pejabat agama Islam daerah atau negeri lain atau NGO), maka bolehlah berbuat demikian kepada Pendaftar Muallaf untuk mendaftarkan pengIslamannya.

Laman 1 - 2 - 3 - 4 - 5

Bahagian Pengurusan & Pembangunan Muallaf (MAIS)



Tujuan

1. Memberi pendedahan dan kefahaman tentang. perkara-perkara berkaitan Muallaf (pendaftaran, penjagaan & pengajaran) di Selangor.

2. Mendedahkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

3. Mewujudkan komunikasi mesra antara Muallaf dengan Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf (MAIS) di peringkat awal pengIslaman.

Siapakah Muallaf?

"Seseorang yang masuk Islam dan imannya dhaif , maka adalah diharapkan pemberian agihan ini (agihan zakat Asnaf Muallaf) boleh menguatkan imannya" (Fatwa Negeri Selangor, 29 Ogos 1994).

"Seseorang yang baru memeluk agama Islam" (Seksyen 2, EPAINS 2003)


Had Tempoh Panggilan Muallaf (Fatwa Negeri Selangor, 9 April 2007)

1. Tempoh maksima 5 tahun diberikan untuk panggilan mualaf berdasarkan ‘uruf dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang diiktirafkan/ dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

2. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga bertanggungjawab membiayai segala kos pembelajaran bagi muallaf-muallaf tersebut.

Tujuan Ditetapkan Had Tempoh Panggilan Muallaf

"Memberi tempoh masa yang sesuai kepada muallaf untuk membangunkan diri (pengetahuan, amalan dan kehidupan) berdasarkan ajaran Islam."

Laman 1 - 2 - 3 - 4 - 5

 
Design By Dytoshare - Published By MIFTAH.US