Tujuan
1. Memberi pendedahan dan kefahaman tentang. perkara-perkara berkaitan Muallaf (pendaftaran, penjagaan & pengajaran) di Selangor.
2. Mendedahkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
3. Mewujudkan komunikasi mesra antara Muallaf dengan Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf (MAIS) di peringkat awal pengIslaman.
Siapakah Muallaf?
"Seseorang yang masuk Islam dan imannya dhaif , maka adalah diharapkan pemberian agihan ini (agihan zakat Asnaf Muallaf) boleh menguatkan imannya" (Fatwa Negeri Selangor, 29 Ogos 1994).
"Seseorang yang baru memeluk agama Islam" (Seksyen 2, EPAINS 2003)
Had Tempoh Panggilan Muallaf (Fatwa Negeri Selangor, 9 April 2007)
1. Tempoh maksima 5 tahun diberikan untuk panggilan mualaf berdasarkan ‘uruf dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang diiktirafkan/ dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
2. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga bertanggungjawab membiayai segala kos pembelajaran bagi muallaf-muallaf tersebut.
Tujuan Ditetapkan Had Tempoh Panggilan Muallaf
"Memberi tempoh masa yang sesuai kepada muallaf untuk membangunkan diri (pengetahuan, amalan dan kehidupan) berdasarkan ajaran Islam."



7:34 AM
Unknown
Posted in:
0 comments:
Post a Comment